dido dido :
Bismillahirrahmanirrahim...Jika engkau hendak merumpamakan Kekuasaan Allah....Allah menciptakan Alam semesta dan seluruh isinya ini seumpama satu titis air sahaja daripada laut....Maka kekuasaan Allah adalah lebih lagi daripada engkau bayangkan

Thursday 26 December 2013

Perkahwinan

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim

Ruangan kali ini saya ingin berkongsi sesuatu yang saya rasa patut dipostkan disini agar semua yang 
bergelar insan dapat mengambil iktibar dan manfaat daripadanya.

Kita semua manusia biasa.

Bukan seperti Imam Nawawi dan Rabiatul Adawiayah yang tidak rela membahagi-bahagikan cinta Allah.

Mereka menemui penciptaNya dalam keadaan teruna dan dara, tidak berkahwin bukan kerana tiada yang sesuai tetapi darjat mereka telah
mencapai suatu tahap yang merasai kelazatan cinta Allah.

Allahuakbar. Timbul perasaan daifnya kita sebagai makhluk Allah berbanding mereka.


Suatu ketika dulu, tika diawal memasuki alam yang memikul dosa pahala sendiri, perasaan hendak berpasangan itu mendominasi diri.
Jiwa mudaku ketika itu tanpa berfikir panjang melafazkan harapan kepada salah seorang kaum Hawa yang kujatuh cinta buat kali pertama.

Nasibku agak baik ketika itu kerana peminatku itu xmembalas dan juga dia tidak menerima harapan palsuku walhal ku rasa harapan itulah yang paling benar.

Perasaan mujur itu baharu muncul kerana peristiwa-peristiwa yang mengubah prinsip palsu yang bertopengkan kebenaran. 
Ku rasa benar tapi hakikatnya kosong belaka. Bermula dengan pertemuan dengan seorang murabbi di pusat bahasa arab(pba) di Melawi.

Disitu terukir dua memori pahit didalam hidupku. Pertama apabila impianku selama ini ingin kebumi Mesir berkecai begitu sahaja.
R
edha.

Kedua apabila mendapat tahu yang harapan cinta manusia yang ku sangka benar hanya dusta belaka. Juga.

R.e.d.h.a.


"Antum jangan membelakangkan ibubapa dalam mencari pasangan hidup. Bermula dari awal iaitu bila rasa nak hingga la akhir keduanya perlu diraikan.
Jika tidak barakah itu sukar untuk diburu."
itulah kata-kata Murabbiku di PBA Melawi yang menyentapku dari kepalsuanku 

selama ini.

"Astaghfirullah, first move tu wajib jugak ?hmm..ok..i surrender...
kau pun tau cane ayahanda kau tu kan..yelaa..aku ni kn penakut...aku lebih rela mintak anak ngan ayah orang lagi dari minta izin first move tu ngan ayah aku sendiri..memang duduk diam2 la aku sampai dah betul2 conpem." getus hatiku.

Oleh itu ku hanya simpan hajat dihati, mungkin memberi ruang untuk merasai bagaimana rasa cinta kepada Allah walau sekelumit..
Namun begitu 
perasaan bekobar-kobar untuk menunggu masa itu tiba masih membara.

Namun, pada suatu malam, kekobaran dan keghairahan tentang perkahwinan hilang begitu saja ditiup angin, tidak tersisa sedikit pun rasa
keterujaan untuk membina masjid itu. Yang ada rasa gerun dan takut dengan momokan tanggungjawab yang bakal mendatang.

Pada malam itu pensyarahku telah menceritakan sesuatu detik2 terakhir sebelum beliau menamatkan dunia bujangnya iaitu 
perbualan beliau bersama murabbi beliau.

dan dari perbualan mereka ku memperolehi sebuah analogi yang cukup dapat meledakkan kayanganku 
yang selama ini ku angankan.

baru ku tahu perkahwinan bukan sekadar untuk membuat fantasi akan tetapi perkahwinan ialah sebuah perjanjian 
dengan Pencipta.

begitu prihatinnya Allah terhadap sesuatu yang bernama perempuan ini....perempuan selamanya haram untuk disentuh sehingga terbinanya perjanjian dengan Allah iaitu perkahwinan.

seumpama berjanji untuk menaiki sebuah sampan bersama dan menuju ke sebuah destinasi. Kedengaran sangat indah.

Tetapi apa yang dilalui 
sangat, tersangat mencabar dua jiwa.

Bila bermulanya perjalanan merentasi laut, sampan akan mula bergoyang,terumbang-ambing, diserikan dengan pukulan ombak yang mengganas,ketika ini dua jiwa itu perlu membuat pilihan yang tepat untuk menghadapinya, tersilap langkah,keduanya kecundang ditelan arus.
Digoncang lagi dengan awan yang 
memuntahkan ribut petir dan gulungan2 ombak gergasi.
Jika berjaya menghadapi ujian2 itu pun,tersedia pula beberapa ekor white giant shark yang kelaparan
mengelilingi sampan, untuk mencapai destinasi di hadapan,
ketika ujian2 ini jika tidak berlaku titik persefahaman antara dua jiwa, maka kesudahannya karam ditengah laut.

Daripada peristiwa itu tersentaklah dari khayalanku selama ini tentang mahligai bahagia itu. The Responbility sebagai lelaki itu yang menakutkanku.
serta pertemuan 
antara dua titik juga tidak kurang ngerinya, dua titik ni la yang penting, kena saling bercantum, bermaksud kena saling faham-mehamami antara satu sama lain, jika xbertemu antara dua titik itu maka perakhiran itu dekat....
dan aku merasakan untuk mengetuk pintu mahligai itu memerlukan persediaan yang cukup teliti dan rapi.

Kesimpulannya, perkahwinan ini bukan suatu yang remeh temeh dan  memerlukan perancangan rapi jika ingin menggapai kebahagian sebenar dan sejati.

Ok, xpayah la nak cepat2 cari calon, jika tiba masanya akan muncul jua.....ok.....bye....assalamualaikum.








1 comment:

Total Pageviews